Monday 29 September 2014

Asia Pacific Economic Cooperation

Asia Pacific Economic Cooperation





Asia-Pacific Economic Cooperation, or APEC, is the premier forum for facilitating economic growth, cooperation, trade and investment in the Asia-Pacific region.

  • APEC is an intergovernmental grouping that operates on the basis of non-binding commitments, open dialogue and equal respect for the views of all participants. Unlike the WTO or other multilateral trade bodies,

  • APEC has no treaty obligations required of its participants. Decisions made within APEC are reached by consensus and commitments are undertaken on a voluntary basis.


  • APEC has 21 members - referred to as "member economies" which account for approximately 40 percent of the world's population, approximately 55 percent of world GDP and about 44 percent of world trade.

  • APEC's 21 Member Economies are Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, People's Republic of China, Hong Kong, China, Indonesia, Japan, Republic of Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, The Republic of the Philippines, The Russian Federation, Singapore, Chinese Taipei, Thailand, United States of America, VietNam.
Purpose and Goals
APEC was established in 1989 to further enhance economic growth and prosperity for the region and to strengthen the Asia-Pacific community.
Since its inception, APEC has worked to reduce tariffs and other trade barriers across the Asia-Pacific region, creating efficient domestic economies and dramatically increasing exports. Key to achieving APEC's vision are what are referred to as the 'Bogor Goals' of free and open trade and investment in the Asia-Pacific by 2010 for industrialised economies and 2020 for developing economies. These goals were adopted by Leaders at their 1994 meeting in Bogor, Indonesia.Learn more about the Bogor Goals in the 1994 Leaders' Declaration.Free and open trade and investment helps economies to grow, creates jobs and provides greater opportunities for international trade and investment. In contrast, protectionism keeps prices high and fosters inefficiencies in certain industries. Free and open trade helps to lower the costs of production and thus reduces the prices of goods and services - a direct benefit to all.APEC also works to create an environment for the safe and efficient movement of goods, services and people across borders in the region through policy alignment and economic and technical cooperation.


Thursday 25 September 2014

PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

YAHUDI

-  Agama Islam dan Yahudi merupakan antara agama samawi yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada rasul-Nya untuk memimpin kaum-kaum yang telah diamanahkan. 
-   Walaupun agama Yahudi merupakan salah satu dari agama Samawi tetapi ia tetap berbeza daripada agama Islam dan Nasrani.
Apa yang perlu diperhatikan ialah agama Yahudi merupakan satu bangsa yang sukar untuk difahami kerana mereka tidak sahaja memusuhi Islam sejak zaman nabi Ibrahim malah antara mereka sendiri juga berkonflik dalam menegakkan cabang-cabang ideologi pemikiran suku masing-masing.


SEJARAH KEDATANGAN DAN ASAL USUL BANGSA YAHUDI

Asal usul Yahudi tradisinya bertarikh sekitar alaf kedua SM kepada patriakh, Abraham, Isaac dan Jacob.Stala Merneptah, bertarikh 1200 SM, adalah salah satu dari rekod arkeologikan terawal dari orang Yahudi diTanah Israel, dimana agama Yahudi, satu agama monotheisme dibangunkan. Menurut pada akaun Biblikal, orang Yahudi menikmati tempoh keazaman-sendiri pertama dibawah kehakiman Biblikal dari Othniel melalui Samson, kemudian pada tahun 1000an SM, Raja David mendirikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota dari Negeri Kerajaan Kesatuan Israel dan Judah (Kesatuan Monarki) dan dari sana memerintahnya Duabelas Suku Israel.

Pada 970 SM, anak lelaki David, Solomon menjadi raja Israel. Kurang dari sedekad Solomon mula membina Kuil Suci yang dikenali sebagai Kuil Pertama. Selepas kematian Solomon tahun 930 SM, sepuluh suku utara berpisah membentuk Kerajaan Israel. Pada 722 SM orang Assyria menakluk Kerajaan Israel dan mengusir Yahudi yang bermula di Aspora Yahudi.

Tempoh Kuil Pertama berakhit sekitar 586 SM setelah orang Babylon menakluk Tanah Israel dan memusnahkan Kuil Yahudi. Pada 538 SM selepas lima puluh tahun dari tawanan Babylon, Raja Parsi Cyrus membenarkan orang Yahudi kembali membina semula Baitulmaqdis dan Kuil suci. Pembinaan Kuil kedua telah siap pada 516 SM semasa pemerintahan Darius. Apabila Iskandar agung menakluk Empayar Parsi, Tanah Israel jatuh dibawah kawalan Greek Hellenistik.

Lewat abad ke-18, istilah Yahudi dan penganut Yahudi telah menjadi sinonim dan agama Yahudi adalah ikatan prima dari orang yahudi tanpa mengira darjat keanutan. Berikutan zaman Enlightenment dan saudara Yahudinya Haskalah, satu transformasi berlaku semasa dimana ramai Yahudi datang menjadi satu ahli dari bangsa Yahudi.

Kata nama Ibrani “Yehudi” (plural Yehudim) asalnya dirujuk kepada suku Judah. Kemudian, apabila Kerajaan Israel utara berpisah dari Kerajaan Israel Selatan, Kerajaan Israel Selatan mula merujuk dirinya dengan nama dari suku pradominannya atau sebagai Kerajaan Jodah. Istilah ini asalnya dirujuk kepada orang dari Kerajaan Selatan. Walaupun istilah B’nei Yisrael (Bani Israel) masih digunakan untuk kedua-dua kumpulan. Kata Inggeris Jew diperolehi dari Yehudi yang digunakan pertama kalinya dalam kitab Ibjil untuk merujuk kepada orang Yahudi.                                                                                   

AQIDAH YAHUDI


            TAUHID DAN KETUHANAN

Orang-orang Yahudi beriktiqad bahawa keesaan Allah itu bererti satu Tuhan yang khusus untuk kaum Bani Israil sahaja disamping percaya bahawa wujudnya lain-lain Tuhan untuk kaum manusia-manusia yang lain. Bani Israil percaya bahawa Tuhan juga melakukan perbuatan sama seperti gerak geri manusia seperti makan, minum, bersiar-siar di dalam Syurga dan sebagainya. Bahkan bagi mereka Tuhan adalah berjasad sama seperti manusia.

Tuhan Bani Israil (Yahweh) disifatkan sebagai Tuhan yang bengis, jahat, pendendam, tidak kuat, lemah, letih, berbuat kerosakan, menumpahkan darah, menyesal dan sebagainya. Kenyataan ini selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

  Orang-orang Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu", Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila'nat disebabkan apa yang Telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; dia menafkahkan sebagaimana DIA kehendaki…”                                                      
                                                                                                                                 
(Surah al-Maidah: 64)

Mereka juga mengatakan bahawa Tuhan mempunyai anak seperti firman Allah yang bermaksud:

 Mereka (orang-orang kafir) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya.
                                                                                                                            
 (Surah al-Baqarah: 116)


 KONSEP KENABIAN YAHUDI

Nabi di sisi mereka adalah sama seperti manusia biasa yang terdedah kepada dosa dan maksiat dan mereka itu tidak ‘maksum’. Antaranya sebagai pemabuk, penzina, pembunuh, penipu, penyembah berhala dan sebagainya. Bangsa Yahudi ini hanya percaya kepada sesetengah nabi sahaja dan mengengkari sesetengahnya yang lain. Bahkan mereka sanggup membunuh nabi mereka jika tidak selarian dengan nafsu dan kehendak mereka.

Bangsa Yahudi juga mempercayai bahawa syari’at lhanyalah satu. Iaitu bermula dan berakhir dengan nabi Musa. Mereka tidak mengharuskan berlakunya ‘nasakh’ syari’at nabi Musa sama sekali. Mereka mengharuskan berlakunya ‘raj’ah’ dengan mengatakan nabi Harun mati ataupun hilang dan akan kembali semula.



 KEDUDUKAN DI SISI TUHAN

Bagi agama Yahudi mereka beranggapan bahawa agama mereka mendapat kedudukan yang tertinggi di sisi Tuhan. Orang Yahudi percaya bahawa mereka adalah bangsa yang mempunyai darjat tertinggi. Bangsa ini juga berkeyakinan bahawa mereka adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

  Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami Ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya". Katakanlah: "Maka Mengapa Allah menyiksa kamu Karena dosa-dosamu?" (kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia(biasa) diantara orang-orang yang diciptakan-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. dan kepunyaan Allah-lah kerajaan antara keduanya. dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).

AKHLAK YAHUDI

Menurut Yahudi “Tujuan menghalalkan cara”. Menghalalkan khianat, dusta dan perbuatan keji sebagai jalan untuk mencapai tujuan.



   IBADAT YAHUDI

Tempat peribadatan orang Yahudi dikenali sebagai Sinagog ataupun Synagogue. Cara pengibadatan mereka dilakukan pada hari jumaat malam sabtu secra berjemaah di mana sekurang-kurangnya sepuluh orang lelaki.

Cara ibadat mereka dimulai dengan seorang pembaca berjubah dan bersongkok hitam, membaca rangkaian pujian kepada Tuhan, pengakuan tentang keesaanNya dan berterima kasih di atas bantuanNya di atas mimbar. Ianya diiringi dengan bacaan amidah iaitu pujian kepada Tuhan atas kebajikan dan penjagaan yang dilimpahkan kepada bani Israel. Segala doa dan pujian tersebut dibacakan dalam bahasa Ibrani.



                                                        KITAB YAHUDI

 Taurat
Kitab Taurat ialah salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada nabi Musa as. Ia diturunkan khusus untuk nabi Musa as. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kitab Taurat yang bermaksud Syari’at (perundangan) kepada nabi Musa as yang menjadi panduan bagi Bani Israil disepanjang kehidupan mereka. Firman Allah yang bermaksud:

  Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
                                                                                                                                 
(Surah al-Maidah: 44)
            
             Diantara ajaran-ajaran asal Taurat ialah apa yang dikenali juga dengan Wasiat Sepuluh (Kitab Ulangan). Namun seperti yang diketahui bahawa kitab Taurat yang asli yang Allah turunkan kepada nabi Musa as telah tiada lag, disebabkan berlakunya penyelewengan terhadap ajaran-ajaran dalam kitab tersebut.
            
        Keadaan ini terhasil apabila kerajaan Israi dan Yahuda yang memerintah Bani israil Berjaya dihancurkan termasuk juga kitab Taurat yang asli yang berada di dalam peti besi, sehingga menyebabkan Eizra (imam besra Bani Israil) menulisnya kembali.
            
            Disebabkan itu, bagi bangsa Yahudi, kitab suci mereka terkandung di dalam Bible iaitu kitab hasil dari sekumpulan tulisan-tulisan agama Yahudi dari zaman lebih kurang 1000 tahun SM. Khasnya apa yang dinamakan sebagai Perjanjian Lama” oleh orang-orang Kristian mereka meyakini bahawa tulisan-tulisan yang terkandung di dalamnya adalah wahyu Ilahi yang diturunkan kepada nabi-nabi Bani Israil.
            
               Bahagian yang tersuci daripada kitab Bible itu adalah Torah (Taurat) iaitu kitab yang terletak pada pangkal Bible yang disebut Pentateuch dalam bahasa Yunani yang bermaksud lima buah kitab” iaitu yang terdiri daripada:
  • Kitab Kejadian (Genesis) / Sifru al-Takwim:
Ø  Meriwayatkan kejadian langit dan bumi
Ø  Menjelaskan kisah nabi Adam hingga nabi Yusuf
Ø  Memaparkan tentang kejadian alam sehingga kepada anak cucu nabi Yaakob dan bani Israil
  • Kitab Keluaran (Exodus) / Sifru al-Khuruj
Ø  Menceritakan tentang kisah Bani Israil di Mesir dan kisah seruan nabi Musa as, kisah perpindahan mereka menuju Palastin dan kisah bani Israil yang tersesat di padang pasir selama 40 tahun
Ø  Menjelaskan tentang hukum-hukum, cara ibadat, muamalat dan hukum  jenayah
Ø  Menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada nabi Musa sebagai ajaran dan larangan untuk bani Israil

  • Kitab Imamat (Leviticuc) / Sifru al-Lawiyin
Ø  Menceritakan tentang syariat atau perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka meliputi persoalan ibadat khusus tentang sembelihan dan korban, hari kebesaran, nazar dan tebusan dosa.
  • Kitab Bilangan (Numbers) / Sirfu al-A’daad
Ø  Sempena peristiwa nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun iaitu seramai 603550 orang kecuali puak Levi
Ø  Berkaitan dengan undang-undang cemburu, laknat kerana tuduhan berzina dan pengakuan-pengakuan.
  • Kitab Ulangan (Deutronomy) / Sifru al-Tahnih
Ø  Menceritakan tentang hukum Syariah Yahudi khususnya dalam peperangan, politik, ekonomi, muamalat harian, hukum denda serta hal ehwal peribadatan.

Selain Taurat yang terdiri dari lima kitab/safar itu, ada lagi dalam 34 kitab/safar (Asfar Lampiran Taurat) yang menjadi pegangan orang-orang Yahudi. Ianya merupkan himpunan (majmu’) dari pelbagai catatan sejarah, riwayat dan kisah-kisah, wasiat dan pengajaran dari nabi-nabi Bani israil sesudah nabi Musa dan sebelum pembuangan Babylon sehingga ke zaman sebelum lahirnya nabi Isa. Juga mengandungi riwayat dan kisah raja-raja, pendeta serta orang-orang terkemika bani Israil.

Walupun jelas ianya bukan bersumberkan dari wahyu Ilahi, kitab-kitab tersebut tetap memiliki kedudukan dan kesucian yang sama seperti kitab Taurat. Hasil gabungan dari Kitab Torah (5 Kitab) dan kitab-kitab 34 tersebut maka menjadikan jumlah keseluruhannya 39 kitab yang juga dikenali dengan nama Perjanjian Lama

Talmud
Kitab Talmud merupakan salah sebuah kitab yang disucikan oleh orang-orang Yahudi di sisi Taurat. Ianya disusun sesudah Perjanjian Lama. Ianya berasal dari perkataan Lumud yang bererti ajaran.

Talmud adalah sebuah kitab yang berisi ajaran-ajaran Yahudi yang berbentuk riwayat-riwayat yang diterima dari mulut ke mulut, generasi ke generasi secara turun temurun yang dikenali sejak dahulu hinggalah sekarang. Riwayat-riwayat tersebut ada yang berupa kisah, riwayat pengajaran, hukum-hukum, nasihat-nasihat dan sebagainya yang disusun oleh ratusan tokoh agama Yahudi sejak lebih 5000 tahun yang silam.

Ianya merupakan kitab aqa’id (kepercayaan) ornag-orang Yahudi yang berperanan sebagai penafsir dan ringkasan dari semua pengetahuan dan ajaran yang diyakini oleh Bani Israil. Sekitar tahun 150 masihi seoranghakham (Pendeta) bangsa Israil bernama Yudas telah mengumpulkan ajaran-ajaran berbentuk “syafawi” itu ke dalam sebuah kitab kemudian menyusunkannya dan menamakannya dengan Misyna atau Midrash.

Sehubungan dengan itu kitab Misyna ini telah menghimpunkan riwayat-riwayat yang ditulis oleh hakhamaat / pendeta Yahudi dari masa Yudas 150M hinggalah kepada Yahuza 216M. Disebabkan sebahagian orang-orang Yahudi ada yang merasa sukar untuk memahamkan secara langsung akan isi-isi kitab Misyna itu, maka para hakhamaat Yahudi mula menuliskan huraian-huraian atau tafsir dan syarah bagi kitab Misyna itu yang mereka namakan Gemara yang bermaksud penyempurnaan. Melalui Misyna dan Gemara inilah timbulnya sebuah kitab yang mereka namakan dengan Talmud.

Adapun Misyna yang mengandungi tambahan dan huraian dari hakhamaat Yahudi Juruselem maka dinamakan dengan Talmud Juruselem. Ini bermakna Misyna yang mengandungi tambahan-tambahan dan huraian dari hakhamaat Yahudi Babylon maka dinamakan dengan Talmud Babylon”. Sesungguhnya hampir kesemua bangsa Yahudi mempercayai bahawa Talmud itu adalah wahyu Allah. Mereka berkeyakinan bahawa Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa di Bukit Thursina secra bertulis, tetapi Allah memberikan Talmud kepadanya secara lisan.

Dengan itu kedudukan Talmud pada pandangan mereka setaraf dengan Taurat, bahkan ada dikalangan Yahudi ramai yang berkeyakinan bahawa Talmud lebih tinggi kedudukannya dari Taurat, dengan alasan bahawa Talmud ini sudah ada sebelum terjadinya alam semesta. Disebabkan itu tidak dikira sempurna iman seseorang Yahudi itu jika tidak beriam bersungguh-sungguh akan ajaran tersebut.

Di antara keutamaan dan kesucian Talmud ialah meeka mengatakan bahawa di dalam Taurat terdapat hukum-hukum orang yang melanggarnya tidak dihukum mati, tetapi orang-orang yang melanggar Talmud walaupun hanya sehuruf sahaja dia mesti dihukum bunuh. Didalam kitab Talmud yang asli juga ada menyebut bahawa ucapan-ucapan pendeta adalah benar. Apa yang diucapkan oleh pendeta ditetapkan merupakan syariat Allah. Bahkan pendeta itu adala Tuhan. Kerana dia dipandang Yehova bahkan lebih besar dari Tuhan. Sekiranya terdapat hukum yang berlainan antara hukum Allah dengan pendeta, maka yang benar adalah pendeta.


                                 KEDUDUKAN WANITA DALAM AGAMA YAHUDI


            Setelah diperhatikan melalui kitab-kitab agama Yahudi maka dapat disimpulkan bagaimana kedudukan jwanita yang begitu hina sekali dalam agama mereka. Wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kederhakaan, asas kepada segala bentuk kecurangan, seorang yang tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya dimana mereka mesti dihapuskan dan dimusnahkan daripada ala mini. Kaum wanita dilarang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan apatah lagi untuk mengajarkan kaum lelaki. Inilah diantara penghinaan terhadap kedudukan kaum wanita dalam agama Yahudi.
            
                Setelah kita memerhati pandangan dan adat yang ada samada mengikut bangsa atau pun agama selain daripada Islam khususnya kepada agama Yahudi yang menjadi topik perbincangan kita dapatlah disimpulakan bagaimana martabat kaum wanita yang begitu hina dan rendah di sisi mereka. Wanita tidak pernah diakui keistimewaan dan hak mereka dengan sewajarnya.

            

                                       PERUNDANGAN YAHUDI

            Pengakuan dan Penyucian
           
 Anasir-anasir dosa banyak terdapat dalam pemikiran Yahudi. Sesiapa yang berbuat dosa, yang mana ia merupakan suatu perkara yang mengotorkan diri seseorang. Selain itu, memberikan sedekah, menghadiahkan korban-korban dan membacakan doa-doa adalah satu cara untuk menembus dosa tersebut, dengan syarat diberikan kepada kahin-kahin selepas membuat pengakuan sepenuhnya terhadap dosa yang telah dilakukan.
                
               Perhambaan
            
Taurat telah membolehkan perhambaan melalui pembelian hamba atau peperangan. Seorang yang miskin juga boleh manjualkan dirinya kepada orang kaya atau orang yang berhutang kepada pemiutang sehingga ia dapat menebus atau tetap menjadi hamba kepada mereka sehingga 6 tahun, barulah dia bebas tanpa apa-apa bayaran.
              
              Berkhatan
            
Bagi orang-orang Yahudi, berkahtan adalah berkait dengan korban untuk mencari keampunan dan keredhaan tuhan. Pada zaman dahulu, mereka menyerahkan diri sebagai korban tetapi selepas itu, cukuplah dengan sebahagian sahaja anggota badan manusia dipotong ketika berkhatan.
            Bangsa Yahudi menjadikan berkhatan sebagai kewajipan sebagai tanda kebangsaan dan bukti mereka adalah Yahudi. Cara berkhatan mereka mestilah membuang kesemua kulitnya supaya tidak bercampur aduk dengan orang-orang bukan Yahudi dari umat Islam.
               
               Pewarisan
            
Anak lelaki sulung mendapat dua kali ganda daripada saudaranya yang lain. Tetapi jika ada anak perempuan yang belum baligh. Maka dia akan diberikan nafkah dan pendidikan sehingga umur 12 tahun. Selepas 12 tahun, tidak ada hak lagi. Jika tidak ada anak lelaki, akan berpindah warisan kepada cucu lelaki daripada anak lelaki, cucu lelaki daripada anak perempuan dan kebawah.
            
         Jika dalam sesebuah keluarga itu, harta itu akan dipegang oleh orang yang pertama sekali menguasainya sehingga 3 tahun sebagai wadi’ah atau amanah. Dalam masa tersebuat tidak dijumpai juga warisan yang berhak, maka harta itu akan menjadi kilik pemagang amanah tadi.
                

PERKAHWINAN YAHUDI
            
Bagi bangsa Yahudi, umur yang sesuai untuk berkahwin ialah 13 tahun bagi lelaki dan bagi perempuan pula berumur 12 tahun dengan syarat sudah baligh. Orang yang belum berkahwin selepas umur 20 tahun berhak mendapat laknat. Poligami amatlah diharuskan dalam bangsa Yahudi. Dalam berpoligami bagi bangsa Yahudi, seberapa ramai yang dikehendaki (Puak Rabbani hadkan 4 orang sahaja).
            
          Tidak boleh berkahwin dengan orang selain bangsa Yahudi kerana bangsa lain adalah wasani (penyembah berhala). Bagi bangsa Yahudi juga, tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri bapa saudara atau saudara lelaki setelah mempunyai anak. Tidak haram sekiranya berkahwin dengan saudara susuan. Perempuan yang kematian suami dan tiada anak wajib kahwin dengan saudara lelaki bekas suaminya dan anak sulung yang lahir mesti diberikan nama bekas suaminya yang meninggal tadi agar nama itu tidak luntur dari keturunan Israel.