Monday 8 September 2014

PILIHANRAYA MALAYSIA


PILIHAN RAYA



1. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.


2. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.


3. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.


4. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.


5. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


6. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

 7. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.


8. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.


9. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.


10. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.


11. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.

12. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagiSarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.


KELAYAKAN CALON BERTANDING


Tujuan mengadakan pilihanraya = menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah atau satu ciri penting dalam sistem demokrasi.


ISU PILIHANRAYA

Pilihanraya umum
- melibatkan semua kawasan parlimen dan DUN seluruh negara
- diadakan setelah parlimen atau DUN cukup tempoh lima tahun atau pembubaran parlimen oleh Yang Dipertuan Agong atau raja

Pilihanraya kecil
- melibatkan kawasan parlimen dan DUN
- apabila ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia
- jika kosong dalam dua tahun terakhir daripada tempoh lima tahun pilihanraya, pilihanraya tidak akan dilaksanakan dalam satu kawasan parlimen. Biasanya ada 3 kawasan DUN


Kelayakan pemilih
- mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
- bermastautin dalam sesuatu kawasan pilihanraya
- mendaftarkan diri menjadi pemilih

Hilang kelayakan
- tidak sempurna akal pada tarikh pilihanraya
- menjalani hukuman penjara
- telah dikenakan hukuman mati / penjara lebih 12 bulan

Pengundi pos
- pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian
- anggota polis
- anggota tentera yang sedang bertugas
- anggota perkhidmatan awam yg bertugas di luar negeri semasa pilihanraya diadakan
- pelajar Malaysia yang sedang belajar di luar negara semasa pilihanraya diadakan


PROSES PILIHAN RAYA

1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA
2. PENDAFTARAN PEMILIH BARU
3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH
4. PEMBUBARAN PARLIMEN
5. PENETAPAN TARIKH PRU ( dalam tempoh 60/90 hari )
6. HARI PENAMAAN CALON
7. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 am-5 pm )
8. PENGIRAAN UNDI – ( pada malam hari mengundi )
9. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA
10. PEMBENTUKAN KERAJAAN ( perlantikan PM / kabinet )
11. PERSIDANGAN PARLIMEN ( dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran parlimen )

No comments:

Post a Comment