Wednesday 24 September 2014

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa pengantar, sukatan matapelajaran dan  kurikulumnya
Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan    Pelajaran 1957
Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata  Rahman Talib 1960
Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961.
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara.
Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979

PENDIDIKAN 

•satu proses atau aktiviti sama ada berlaku secara formal atau tidak formal yang bertujuan menghasilkan perubahan di dalam diri setiap ahli masyarakat

LATAR BELAKANG 

ØSebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan ini berbentuk tidak formal.
ØPedagang Arab – membina sekolah² pondok terutama di Perlis,Kedah,Melaka,Terengganu & Kelantan.
ØMengajar pelajaran agama seperti baca al-Quran,Tajwid,Tafsir,Hadis,Fiqah & Tauhid.
ØSelepas kemasukan British, sistem pendidikan Melayu diperkenalkan. Akibat dasar ‘pecah & perintah’ , pendidikan antara kaum Melayu terpisah.
ØSekolah Vernakular Melayu ditubuhkan pada tahun 1856.
§Sekolah Melayu 
§Sekolah Cina
§Sekolah Tamil
§Sekolah Inggeris














SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN (ABAD 18-19)


SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN: 
SEBELUM KEDATANGAN BRITISH KE TANAH MELAYU


Sistem Pondok (KEAGAMAAN)
Ciri-ciri:
Menyampaikan mesej keagamaan melalui pembelajaran di kalangan bangsawan.
• Menyampaikan nilai-nilai moral melalui teknik cerita penglipurlara.

Kurikulum:
Tidak jelas dan kebanyakannya bersifat penterjemahan kitab-kitab Pengajian Islam yang berbahasa Arab.
Subjek yang diajar berkaitan akidah, ibadah dan akhlak.


SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN PENJAJAHAN BRITIS FASA 1 
(1821 – 1945)  


SISTEM VERNAKULAR

Ciri-ciri:
ðDasar British lebih kepada menjaga dan memelihara penguasaannya ke atas 

Tanah Melayu tanpa melihat keperluan dan aspirasi rakyat

ðPengenalan 5 sistem persekolahan:

.Sekolah Agama
.Sistem Vernakular Melayu
.Sistem Vernakular Cina
.Sistem Vernakular Tamil
.Sistem Aliran Inggeris

ðBersifat perkauman dan kedaerahan serta tidak memiliki dasar

   pendidikan yang khusus.

ðTidak memuaskan: kurikulum, matlamat, sistem P&P dan Geografi

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS TAHUN 1970

Matlamat-

Memperbaharui kurikulum agar dapat memenuhi keperluan pembangunan negara dari segi perusahaan, ekonomi dan kemajuan Sains serta Teknologi.


KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR )

ØDiperkenalkan pada 1983
Ø Memastikan perkembangan murid secara menyeluruh 
dengan penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas 3M.
Ø Memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat 
kemahiran, pengetahuan nilai bagi mengembangkan bakat, 
minat dan daya kreatif.


KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH



·       Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang asas iaitu:  
              
·       bidang komunikasi, manusia dan alam
                sekelilingnya  dan perkembangan               diri individu.


·       Tiga bidang ini terbahagi kepada enam komponen iaitu :

I.Kemahiran asas
II.Kerohanian, nilai dan sikap
III.Kemanusiaan dan persekitaran
IV.Kemahiran hidup
V.Kesenian, rekreasi dan kesihatan
VI.Ko-kurikulum





  

No comments:

Post a Comment