Monday 8 September 2014

PERLEMBAGAAN MALAYSIA ( KONTRAK SOSIAL )

  1. ASAL USUL KONTRAK SOSIAL

  • Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama dimana setiap individu itu bersetuju kepadanya. 
  • Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
 APAKAH ITU KONTRAK SOSIA

kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetuju and kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

BAGAIMANA TERBENTUKNYA KONTRAK SOSIAL?
 
  • Kewujudan pekerjakontrakdibawahpenjajahanasing.
  • ISU hak kerakyatan 
  • kemerdekaan bersyarat yang ditawarkan oleh kerajaan british 
  • permuafakatan pemimpin UMNO,MCA,MIC
  • Kelahiran kontrak sosial
  • pemberian kerakyatan kepada pemastaudin
  • pembentukan perlembagaan
  • negara malaysia yang berdaulat

ADAKAH KONTRAK SOSIAL TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN ? 

  • Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan padatahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan.
  • Ia merupakan muafakatan antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan kedalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.

PERKARA PENTING DALAM KONTRAK SOSIAL 

rakyat malaysia perlu memahami kontrak malaysia dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah.harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubugan kaitnya kepada 4 perkara utama iaitu PERLEMBAGAAN,KEMERDEKAAN ,HUBUNGAN KAUM DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA.tanpa kontrak malaysia mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957kerana pihak british ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat.Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 

  • 50 tahun kemerdekaan malaysia,formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman . 
  • negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentan penubuhan IFC
KESIMPULAN 
PERPADUAN TERAS KEMAJUAN ,PERSEFAHAM TERAS KEMAKMURAN 

No comments:

Post a Comment